Back to TOP

Sunday, 17 December, 2017

carta kewangan bisnes internet menghasilkan duitAPAKAH TEKNIK KEWANGAN TERUNGGUL SEBENARNYA?

dari adrs.com.my membariskan elemen-elemen penting bagi membantu anda mengharungi dunia perniagaan internet dengan selamat dan berjaya. Selepas 'khatam' (habis baca), anda bukan lagi seorang 'Beginner' (kalau anda merasakan diri begitu) bahkan layak digelar 'expert' dalam mengetahui selok-belok perniagaan internet. Tak kira apa jua tahap anda, selepas membacanya, anda bukan lagi orang yang sama seperti sebelumnya. Anda akan dapat melihat secara 'tembus' di sebalik perkara-perkara yang tidak pernah diduga selama ini. Pendekata; Teknik Kewangan Terunggul akan menjadikan fikiran dan pandangan anda 'cekap' membezakan mana satu tipu mana satu benar di internet.

Propaganda UpGradepelbagai cara utk temberang

www adalah identiti di permulaan zaman internetDi dalam dunia internet, pelbagai perkara berlaku dengan pantas. Software-software (perisian), program dan teknologi bertukar arah dengan laju sehingga susah kita nak keep-up (ikuti). Tetapi anda harus tahu: Elemen tradisional yang menjadi tunjang utama setiap kejayaan, tidak pernah berubah. Maksud saya; sekalipun hiasan luarannya dikemas-kini, dicantikkan, diperbaharui - rangka dalaman yang menyokongnya tetap sama saja! Bermakna; biarpun pelbagai pihak menawarkan itu ini serta menakutkan anda dengan pelbagai gesaan mengatakan anda bakal ketinggalan dan gagal jika anda 'tak cargas' mengikuti perkembangan, anda tak perlu takut sebab anda mempunyai rangka-kerja (framework) yang teguh bagi menyokong kedudukan bisnes anda walaupun badai datang melanda.

Memang benar ada kala kita perlu keep-up dengan perubahan teknologi demi memastikan bisnes kita mempunyai kelebihan...tetapi 'kelebihan' tidak sama dengan . Bila bisnes anda , anda boleh mencuba pelbagai 'kelebihan' bertujuan untuk menambah pengaliran wang masuk ke dalam akaun. Kalau bisnes anda tidak mempunyai , maka semua kelebihan yang ada akan menjadi 'tak berguna' (useless). So; pastikan bisnes anda memiliki terlebih dahulu sebelum termakan dengan ayat-ayat power menawarkan pelbagai kelebihan itu ini untuk di-implementasi-kan kepada bisnes anda. Kestabilan adalah topik yang hanya perlu dipelajari sekali sahaja. Jangan peningkan kepala. Pelajari topik penting ini dengan betul (melalui pihak yang betul), kemudian kita boleh teruskan menambah pelbagai 'kelebihan' supaya pengaliran wang masuk ke akaun menjadi berganda-ganda! Melalui adrs, anda akan memiliki itu.pemilihan social media yg berguna sahaja

'Kelebihan' adalah sesuatu yang para-peniaga gunakan bagi menambah sumber pendapatan - ini yang membezakan di antara satu bisnes dengan bisnes yang lain. 'Lebih berjaya' atau tidak. Gagal tidak ada; sebab kegagalan sesebuah bisnes terletak di peringkat framework (elemen tradisional: ) yang diperbincangkan tadi. So; melalui 'kelebihan'-lah yang akan menentukan sama ada bisnes anda akan melangkah ke tahap seterusnya ataupun tidak. Sama ada bisnes anda lebih bagus dari saingan anda, ataupun tidak.

tidakProblemo..

Berada di peringkat mencuba 'kelebihan' ternyata menarik (sebab ia seumpama membina saluran-saluran baru nak bagi duit masuk) tetapi ia juga boleh mengundang frustration (kekecewaan). Salah satu contoh fenomena yang mungkin berlaku ialah:

halangan bisnes internet Katakan anda mempunyai sebuah bisnes internet yang berjaya menjangkau 1 tahun berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Salah satu sumber pendapatan 'kencang' yang anda dapat adalah melalui . (Saya tidak mahu berpanjang-jela di sini mengenai bagaimana menghasilkan pendapatan melalui facebook sebab ini hanyalah sebuah contoh). Senang cakap; sebulan steady income? Tetapi suatu hari masalah menimpa - website kesayangan (elemen utama anda mendapatkan income), mengalami masalah teknikal: tidak berfungsi - down. Apabila pelanggan melawat, kosong! Masalah ini bukan dari anda, tapi dari pihak hosting. Bila buat aduan, segera diperbaiki (dan website pun elok kembali). Tetapi asyik terjadi lagi dan lagi, tanpa anda sedari. (kejap ada, kejap tak ada.) Loading pula: lambat. Lebih buruk lagi, anda tak sedar pun (sebab sangka masalah sudah selesai, diperbaiki sepenuhnya). Dan bila buat aduan: (seperti biasa, perbaiki) cuma kali ini: anda pantau dengan cara duduk selama seminggu depan komputer bagi memastikan elok! ... Ya, semuanya OK. Dan setelah merasa lega, kemudian gembira lalu pergi bercuti, di waktu itu ia jadi balik (rosak, down, tak berfungsi semula).. Maka: income tak masuk. Cuti tanpa gaji! Ini semua sudah cukup untuk spoil hidup anda sepenuhnya. Tambah buruk lagi: pihak hosting (staff yang handle masalah anda itu), mula marah-marah dan menyalahkan anda! Gejala ini maknanya: anda bakal kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan; BERSIH!

adrs vw polo sBayangkan begini:

Jadi, Bagaimana? lines

perkara buruk internetPerkara buruk boleh berlaku kepada sesiapa saja di internet dan yang paling tajam terasa adalah yang melibatkan wang ringgit. Di sini saya ingin beritahu; Pakej Teknik Kewangan Terunggul salah satu isi kandungannya adalah mengajar anda bagaimana melindungi diri dari 'ke-tidak-pekaan' pihak-pihak yang peranan mereka penting bagi memastikan bisnes anda berjalan lancar.

Di sudut global pula, harap maklum: syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook menerima berbillion email pertanyaan dan melayani satu email (dari anda) kelihatan terlalu kecil buat mereka. Masih banyak bisnes internet yang tidak mengambil serius urusan pelanggan sebab bagi mereka, kehilangan seorang pelanggan tidak membawa apa-apa kesan. Bagi mereka; setiap urusan terbaik adalah 'automatik' - terbaik di-handle oleh sistem mereka yang akan beri pelanggan dengan jawapan sedia ada. Tentang urusan pembayaran, akaun pelanggan akan di'charge' secara auto berpandukan tarikh tetapan dan kemudian teruskan bisnes seperti biasa. Bila ada yang tersangkut (bukan sengaja), bukan senang nak tarik perhatian mereka melayani masalah anda. Kalau anda ni banyak sangat komplen, silap gaya akan dikenselkan urusan tersebut. Perkara begini boleh berlaku pada sesiapa saja: tidak kira sama ada seseorang itu kategori baru nak mula (niaga), ataupun yang sudah mula membina kredibiliti dan pendapatan. Melalui adrs, anda akan diselamatkan dari terkena perkara-perkara remeh begini tetapi agak bahaya kerana melibatkan kewangan dan hasil kerja penyusunan meletihkan. Kalau terkena jugak, tak usah risau sebab saya akan bantu anda mengatasinya dan kemudian - bisnes berjalan lancar semula.

Segala penerangan adalah straight to the point. Tak perlu panjang berjela sebab dalam kebanyakkan ajaran, hampir 80% perkara-perkara tak penting diselitkan bagi tujuan membalut baki 20% yang betul-betul penting tu - dengan tujuan pengajar dilihat sangat pakar di mata para pelanggan. Melalui adrs, buang semua sampah 80% tu dan kita terus saja ke arah praktikkan 20% - perkara-perkara yang sudah cukup membuatkan kita berdiri solid. Lebih ringkas, lebih tidak memeningkan kepala.

lines

pelbagai cara utk temberang Tetapi harus anda ingat:

Penjelasan: oleh kerana website dan aktiviti adrs kini telah menarik perhatian pihak-pihak tertentu (memantau, secara tak sengaja), sila ketahui: projek adrs salah satunya adalah untuk men-edukasi para pelanggan berurusan dengan Google dan Facebook (termasuk Bing, Microsoft) - supaya tidak kelam-kabut, putus asa, tekan sana tekan sini serta memahami cara sistem berfungsi dengan betul, supaya kes kesalahan dan kesilapan teknikal dapat dielakkan. Membuatkan sistem auto dikekalkan sebaik mungkin, tanpa perlu sesiapa bersusah-payah melayani karenah bertanya itu ini sebab masih tak reti (walaupun dah berdozen tutorial diberi). make things all easy, and u all can continue lazy. Ok?

messing up with system

lines

Banyak sistem buat duit beritahu anda 'Rahsia' bagaimana nak buat itu ini. Lantaklah. Itu cara mereka. Style saya pula: saya nak beritahu anda perkara-perkara penting, straight to the point tak ada selok-belok. Demi keselamatan dan jaminan di internet, anda kena tanamkan kesedaran bahawasa Google dan Facebook adalah dua kuasa besar yang amat penting untuk diberi perhatian (dijaga, diampu dan di'siram'). Biarkan jenis-jenis yang bertaburan menulis huruf-huruf BESAR mengatakan anda tak perlu ada kaitan atau berurusan dengan Google dalam berbisnes. Mereka ini semua adalah jenis yang nak membodohkan anda dengan mempamerkan mereka bijak. Kononnya dengan teknik mereka yang tidak memerlukan sebarang urusan dengan kuasa-kuasa besar di internet dan kemudian masih mampu berjaya dengan hebat; adalah pembohongan semata. Malahan jenis ini akan meng-war-warkan kebijaksanaan mereka dengan membuat ungkapan seolah-olah orang bodoh saja yang akan berurusan dengan Google, Yahoo dan Facebook. Mereka mengutuk 'Guru' mengatakan jenis itu bangang sebab mengikuti jalan yang benar. Sebenarnya; mereka yang bangang sebab gagal dalam mengikuti jalan yang benar. Seumpama 10 kali ambik ujian memandu dan gagal - lalu mereka menunjuk-nunjuk mereka hebat memandu macam puaka di jalan raya tanpa memerlukan lesen JPJ yang bodoh tu. (Siapa yang lebih anda hormati? Pemandu ada lesen atau tiada? Tepuk dada tanya selera. - Awas! Seseorang tetap boleh memandu dengan ligat tanpa lesen tetapi; bagaimana kalau dilanda masalah seperti kemalangan atau Road block?)guru internet

Dan yang digelar 'Guru' pula, kebanyakkan adalah jenis yang meng-iktiraf-kan pada diri sendiri demi menarik pelanggan dan keuntungan. Tahukah anda bahawa ramai yang menganggap diri 'Guru' sebaik saja berjaya menerbitkan sebuah buku dipasaran? Salah satu contoh: pernah ada seorang ni berjaya menerbitkan sebuah buku yang laris di jual serta mendapat sambutan hangat. Bila saya teliti, bagi saya; dia ni seolah-olah setakat tahu bukak komputer dan menaip sahaja! Lain semua tak reti! Bayangkanlah orang yang pandai menaip (serta tahu lah serba-sedikit mana nak tekan bila komputer terbukak) sudah boleh dianggap 'Guru'? Tidakkah anda merasa rugi membelanjakan duit mahal untuk mempelajari cara 'Guru' tersebut sedangkan dia hanya beberapa tapak saja di hadapan anda. (Lebih lanjut mengenai ini ada tercatat di dalam Ebook Edisi Kewangan Percuma.)

iklan kejap lines

gmail dari google Renungan Sejenak -

   email dari bank tentang terima pembayaran online

Info: screen shot dari dalaman Gmail (Google) tentang pengesahan bayaran customer secara OnLine - automatik dihantar dari bank terbabit (maybank dan cimb). Mulai sekarang, anda harus lupakan saja pasal sistem email lain (seperti Yahoo atau Hotmail). Untuk serius berbisnes, anda mesti memiliki akaun Gmail. Kerana Gmail mempunyai pelbagai kelebihan 'integrasi' (kerjasama) dengan sistem-sistem bagi memudahkan urusan OnLine secara profesional, di mana email-email dari pihak lain tidak ada.gmail dari google

lines


carta kewanganRevolusi Guru Berlagak - tak sedar diri.

sombong setelah berjayaDi seminar, dia men-war-warkan bahawasa sesiapa saja boleh berjaya. Tiada siapa yang dilahirkan loser. Di blog, tak habih-habih dia mem-posting 2-3 artikel seminggu memberi nasihat apa langkah yang sepatutnya diambil supaya jangan ketinggalan. Tak kurang juga cerita mengenai bagaimana dia ni dulu tak berduit kini mencapai kejayaan - supaya anda yakin; anda dan dia tak banyak beza. Yang penting: mindset. Fikiranlah yang menentukan sama ada seseorang itu berupaya mengecapi kejayaan atau tidak. Gambarajah dalam pelbagi rupa turut dipertontonkan bagi membuktikan yang dia kini adalah Internet Guru yang sebenar. 'Berderet' video menunjukkan dia diitemuramah dalam rancangan-rancangan di TV dan juga Radio - dan semua temuramah mempamerkan dia dalam keadaan bersopan-santun berbudi-bicara. Pernah juga dia mencadangkan meninggalkan komen berhemah di blog-blog berkaitan sebagai salah satu cara memperkenalkan bisnes kita ke khalayak ramai.

...tapi itulah dia (Mr. 'I'); yang tidak pernah meluluskan walau satu komen pun yang saya tinggalkan di blog dia. Komen yang saya buat berdasarkan tatacara beradab; mengelak unsur-unsur 'spam' sebaik mungkin. Komen hanya ringkas; dimulai dengan 'salam sejahtera' dan seterusnya jemputan para hadirin melawat website saya yang tak seberapa tu. Tiada perkataan-perkataan atau ayat-ayat promosi ketara yang menjadikan komen 'lari topik'. Siang malam mengikuti perkembangan dia, mendengar cadangan dan nasihat, (termasuk membeli buku dia!) - dibalas dengan 'komen pengharapan' saya itu di'delete' (padam) dengan hanya 'satu klik' saja dari mouse dia. Mungkin cadangan dia menjadikan komen salah satu platform advertising (promosi); adalah kepada blog orang lain, namun jangan sekali-kali di blog dia!

komen di blog sebagai cara promosiblogger berlagak pabila berjayaBegitulah adat dunia. Setelah satu posting dari dia mendapat puluhan komen, maka kuasa atas dia nak anggap komen mana sampah, mana tidak. Seolah-olah yang menaip meninggalkan komen tu tidak ada hati dan perasaan. Kalau ada pihak yang tegur perbuatan sombongnya, maka dengan senang hati dia boleh jawab; sangkaan dia yang buat komen tu adalah 'robot' mahupun software automatik yang tugasnya adalah spamming. Mana le nak tau... Bukan dia seorang saja yang bersikap sombong setelah berjaya, malahan ramai lagi yang berkongsi kapal serupa. (Di antaranya adalah Cik E dan GT.) Jenis ini mengharapkan orang ramai ringan tangan meninggalkan komen dan menekan button 'Like' di website mereka, tetapi kalau bab tolong-menolong meminta sedikit bantuan menaikkan bisnes: 'no way'. Sekalipun bantuan tersebut semudah meluluskan satu komen kita yang diakhirnya akan tenggelam bersama dengan banyak lagi komen-komen lain; mereka tetap tak mau! Mereka jenis anti kepada komen yang menjemput pelawat mereka; melawat blog (atau website) orang lain. (Kecuali geng-geng rapat.) Disebalik wajah penuh sengihan dan senyuman, jenis ini sebenarnya sombong. Mereka berlagak setelah Tuhan menganugerahkan mereka kelebihan berada di'atas'. Sedangkan kalau mereka ini 'terjatuh', mereka sedikit pun tidak mempunyai apa-apa keistimewaan (mahupun kekuatan) yang membolehkan mereka naik semula. Bagi mereka, kejayaan mereka adalah kerana hasil dari usaha keras dan kepintaran mereka sendiri. Ucapan syukur dan tawadu'q hanyalah pameran kepada umum bagi menutup sikap berlagak yang muncul setelah berjaya.

lines

note: mungkin mereka akan berkata begini: blog / website dia adalah kerana hobi, kepentingan peribadi, kekeluargaan - tak ada kena mengena dengan orang luar. Kenapa plak dia nak dipersalahkan? Kalau macam tu, pakai le talian 'intranet, jangan 'internet'. (Intranet selalunya digunakan oleh mereka yang mahu berhubung dengan rakan rapat sahaja. Contoh: di antara para-pekerja di dalam sebuah bangunan atau kawasan berhampiran. Talian komuniti yang biasa diguna oleh sesetengah perniagaan bertujuan bagi menghubung-kait para employee & mengelak talian mengalami gangguan, elak slow connection.)

lines

tidakDengki, Dendam atau Sengaja nak Menjatuhkan?

rahsia internet terbongkarTidak. Semua tu bukan tujuan saya. Ia cuma pengalaman benar yang pernah saya lalui. Di kala masih baru pada ketika itu, saya bagaikan seorang budak kecil berwajah comel berseri kerana hati dipenuhi dengan baik sangka. Seumpama adik kecil yang berharap abang-abang dan kakak-kakak yang bersinar kejayaannya tu sudi menghulurkan sedikit bantuan. Ke sana ke sini saya seronok melayari website-website mereka dan merasakan kejayaan mereka seolah-olah kejayaan saya juga. Tetapi lama-kelamaan, baru saya sedar bahawasanya dunia tetap dunia...Ia dibaluti dengan bermacam-macam 'cover' yang disebaliknya penuh dengan adegan tokok-tambah dan palsu. Buruk sangka mengatasi baik. Ramai berteriak 'senang' nak mulakan bisnes internet kerana bermotifkan keuntungan diri sendiri. Siapa yang nak melanggan dengan mereka kalau awal-awal beritahu 'susah' nak buat? Oleh kerana 'senang' yang sebenarnya 'susah' inilah membuatkan ramai yang tidak mahu 'senang-senang' menghulurkan bantuan sebab takut nanti persaingan bertambah. Sengit.

Info: ramai peniaga internet berfikiran Malaysia ni 'kecik'. (Pasaran terhad.) Mereka bersikap terlalu melindungi (bisnes sendiri). Okay, okey...- siapa yang tak sayangkan bisnes sendiri (terutama yang mencapai sukses!), ye tak? Saya faham. Tapi takkan lah sekadar nak luluskan komen yang ada link jemputan pun tak boleh nak tolong?...Kalau ternyata jemputan tu berbau persaingan, (makna; bidang yang sama tetapi harga berbeza; murah) - tak apa le jugak. Ini bidang berlainan tak ada kena mengena pun; 'ego' sangat; tak mau approved.

duit dibelanja berkualitiDengan pendedahan ini, sudah tiba masanya industri perniagaan internet dibawa ke level yang lebih tinggi Contoh: pendedahan bagaimana Magician melakukan silap mata mereka didedahkan; adalah bertujuan mengurangkan Magician-magician tak berkualiti yang semakin berleluasa. Membezakan mana Magician dan amatur. Juga bertujuan membawa industri silap mata ke tahap yang lebih mengagumkan. Para Magician kena fikirkan trick yang lebih bagus bagi menarik perhatian penonton. Yang sudah tu sudahlah...

wang dibelanjakan jadi bermakna Menjadi sombong serta berlagak setelah 'ada nama' bukan suatu jenayah. Tiada siapa yang akan tangkap anda (yang rasa diri tu berjaya / banyak follower) kalau nak bersikap sedemikian. Saya sendiri pun tak salahkan sesiapa. Cuma saya nak beritahu; masih ada yang tidak lokek (murah hati) nak bantu mana-mana peniaga yang masih terkapai-kapai nak bina langkah. Kejayaan / follower mereka ini tak kurang hebatnya. Melalui adrs, saya akan bawa anda kepada golongan-golongan ini yang sedang menanti dengan tangan terbuka untuk membantu. So, kita tinggalkan saja mana-mana individu yang dah rasa besar tak perlukan anda. Jalan cerita akan jadi lebih menarik kalau kita prolehi kejayaan tanpa perlu 'menadah tangan' kepada mereka ini. Sweet success!

lines

Personal Mesej: diharap tiada sesiapa 'terasa' dengan pernyataan ini. Saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada niat menjatuhkan. Saya juga tidak dedahkan identiti di web page adrs. Juga; diharap pernyataan ini dapat ditafsirkan secara 'rasional'. Buat keputusan secara peribadi sama ada pernyataan ini berguna atau tidak. No hard feelings. Ia cuma fakta dalam kehidupan seharian yang dipenuhi pelbagai ragam.

carta kewanganSEKILAS PANDANG TENTANG KEJAYAAN
-

Terdapat perbezaan jarak ketara antara (Malaysia) dengan Antarabangsa. Cadangan supaya start dengan Tempatan dulu, kemudian baru kembangkan fokus ke Antarabangsa. Terjun ke pasaran Antarabangsa merupakan tindakan yang agak drastik serta bukan untuk yang berhati lemah. Namun, ada yang nekad memilih untuk terus saja melangkau (skip) ke pasaran Antarabangsa. Kenapa?

buat duit secara onlineFahami ini: peniaga internet 'P' telah mengambil keputusan untuk terus melangkah ke pasaran Antarabangsa. Sebab mengikut kajian persendirian; produk dia akan gagal mencapai sasaran kalau berniaga di sekitaran pasaran Malaysia sahaja. Terlalu banyak persaingan. Persamaan produk dia dengan peniaga sedia ada - amat banyak. Juga; untuk benar-benar berjaya, 'P' kena mendalami 'mindset' penduduk Malaysia terlebih dahulu. (Setiap negara mempunyai 'mindset' tersendiri.) Mengubahsuai produk yang sama ke dalam Bahasa Inggeris dan kemudian anggap semua akan faham mesejnya; adalah salah sama sekali. Elakkan dari melakukan ini.

Paling menakutkan: selepas berkorban menghabiskan begitu banyak masa mempelajari, mengkaji, mempersiap, kemungkinan besar hasil($) yang bakal diterima nanti; mengecewakan - memandangkan populasi (para internet) yang terlampau kecil setelah dibuat perbandingan dengan Antarabangsa.perbezaan pasaran

Berpandukan penjelasan ringkas ini; sudah cukup membayangkan terdapat beberapa tugasan rumit serta merimaskan perlu: dilaksana - sebelum 'dengan cepat' dia boleh lancar produknya diniagakan kepada umum. Kalau dia tak buat semua tugasan penting ni; dia bakal berakhir dengan keputusan 'menembak di dalam gelap' - 'P' akan gagal menarik perhatian pembeli.

Berbeza dengan pasaran Antarabangsa; sebab ia adalah dunia tanpa sempadan. Pasaran bercampur-aduk dan keluasan tidak berkesudahan. Kalau 'menembak dalam kegelapan' sekalipun, sedikit-sebanyak pasti ada yang 'ter'-kena. (Kalau tak kena di kepala, kena di kaki.) Mangsa akhirnya akan datang kepada dia (untuk membeli). Dia berjaya buat sales!

Info: kelebihan pasaran Antarabangsa berbanding sebaik saja ia 'hit' (memasuki) pasaran, carta pelawat akan naik dengan tinggi (kadang-kala mendadak). Kalau guna kempen advertising (promosi) berbayar, harus pandai kawal budget sebab kemasukan pelawat seolah-olah tidak akan berhenti buat selama-lamanya! (Sehingga boleh pokai - warning.) Kalau kena gaya, sekejap saja dah boleh kaut keuntungan berganda-ganda (serta dapat cover balik modal). Fenomena menarik ini hanya berlaku dipasaran antarabangsa. Kalau ada berlaku di pasaran tempatan sekalipun; mana mungkin dapat menandingi 'keghairahan' (excitement) pasaran antarabangsa. Segala-gala lebih cepat berlaku sehingga boleh menukarkan seseorang dari status tak berduit; kepada ribu-riban dalam akaun sekitar tempoh masa 2 - 3 hari sahaja! (Kena tengok skill dan product juga...)

bermula dengan pasaran antarabangsa Anda nampak 'pembayang'-nya di sini? 'P' harus membuat keputusan antara hidup dan mati; sama ada nak sasar pasaran Malaysia, atau Antarabangsa. Dia tak boleh bolot kedua-duanya sekali sebab keadaan akan menjadi terlalu sukar. Oleh itu: 'P' memilih tiket penerbangan Antarabangsa dan mendedikasikan sepenuh usaha terhadapnya. Anggap begini: Malaysia dan Antarabangsa seumpama sebuah pintu. Di hadapan mahupun di sebalik pintu tersebut, ada 'Pakar'nya tersendiri (peniaga). Apabila 'P' memilih pintu Antarabangsa, maka dia juga harus bijak memilih Pakar mana yang akan menolongnya berjaya mengharungi pasaran tersebut. Di sini di-ibarat 'Garisan Mula'. Ia cukup penting. Kerana dari sinilah detik penentuan bagi masa depan. Apakah hasil yang bakal dikecapi? Adakah 'P' melalui perjalanan yang lancar? Kalau tersangkut, masih ada-kah semangat untuk teruskan? Boleh ke teruskan? Berbaloi ke kalau teruskan jugak? Anda tengok: semua aspek ni penting untuk ditelitikan. Jangan main 'redah' jer. Bagi 'P', sekali sudah melangkah, tidak akan berpatah balik lagi. Perlu diingat: rintangan di pasaran antarabangsa lebih berat berbanding tempatan. Ia seumpama mengangkut beban besar dibelakang anda. Tapi 'P' mampu untuk teruskan jua.

pelbagai cara utk temberang 'Padang Pasir' di Belakang

kepayahan antarabangsa Di peringkat ini, kelihatan sangat jauh untuk menoleh ke belakang dan mula semula. Lagipun, 'P' telah diselubungi ilmu, teknik, langkah dan kelengkapan bagi menangani pasaran antarabangsa. Fuhh...bukan senang nak pikul semua pengetahuan tu. (Nak 'rasa' susah ke tak; cuba 'bayangkan' anda menaip satu artikel dalam bahasa Inggeris - bukan rojak atau cincai. Tetapi dalam tatacara membuatkan artikel tersebut diterima ramai oleh golongan bukan Malaysia!)

Disebabkan terlalu jauh di depan, 'P' kini terkandas di dalam dunia internet tanpa sempadan. Ia sesuatu yang bagus kalau anda seseorang yang ligat berfikir tetapi suatu 'penamat' untuk yang lemah semangat. Maksud saya di sini: semangat memastikan kestabilan 'P' bertahan di pasaran yang telah diceburi. Sebelum tu mari kita imbas kembali sikit: apa sebenarnya yang 'P' bawa untuk berniaga dalam pasaran Antarbangsa yang luas itu? Berbekalkan tangan kosong tanpa apa-apa produk, apa yang 'P' niaga ni??!..

cara buat duit terpantasJawapannya: produk yang menjanjikan seseorang dapat membuat duit dalam masa yang singkat. Yes. Itulah dia. Sebab produk jenis inilah yang paling senang nak dibawa ke mana-mana dan lontar (campak?) ke dalam apa jua pasaran; tak kira sama ada tempatan mahupun antarabangsa!

Sama ada dia mencipta sendiri produk tersebut, membeli produk orang lain dan kemudian menukar kepada nama dia sendiri, atau menjadi 'affiliate' (rakan-jual) produk-produk yang berunsur macam tu (terima komisen) - boleh semua. Sebab produk ni tak kenal sempadan, tak kisah kawan, tak peduli lawan. Lebih banyak cabang, lagi banyak lobang ...'P' boleh kaut wang (mangsa...) Jawapan ni adalah straight to the point, ye tak? Kalau peniaga lain; akan beri jawapan berputar-putar seolah-olah lidah dia digulungkan ke belakang sebab dalam sedar tak sedar; dia juga terlibat dalam penjualan produk begitu! Produk menjanjikan seseorang itu mampu menjana $XX,XXX dalam masa seminggu, sebulan atau sepantas yang boleh, cukup berkesan mempengaruhi pemikiran manusia.

Contoh: putar-belit-alam

Maka diumumkan penamatnya di sini: 'P' berjaya meniagakan produk berunsurkan ini. Saban hari mempelajari teknik-teknik berkesan daripada pakar-pakar yang lidahnya berbelit bergulung simpul sampaikan tiada siapa pun dapat mempertikaikannya. Sungguh professional sehingga mampu menarik pelbagai jenis golongan bagi menghadiri seminar yang dianjurkan. Apa pun takde tapi poket kembung bagai nak rak! Dia sendiri mengaku dia aper pun takde! tapi hari ini mampu memiliki akaun yang tak henti-henti duit masuk ke dalamnya! Gambar (super-impose) 'P' bergaya di sebelah 'Mercedes SLR' (kereta mewah) telah memukau banyak mata. Dia ni ialah Profesional Sebenar! - begitulah pandangan umum terhadapnya. Segala-galanya dibuat, dirancang dengan begitu baik sehingga tiada sumber yang mampu mengatakan bahawasa 'P' tidak berjaya. Dia berjaya! 'P' kini sebaris dengan nama-nama terkenal antarabangsa. Anda NAK TAK jadi macam dia?

lines

pasaran membuat duit di MalaysiaSEJARAH BISNES, SISTEM, PERNIAGAAN

bank-in statement melalui mms Selingan kejap: pic. phone (tradisional, jenis lama punya) ini menunjukkan wang masuk / penerimaan income melalui mesej MMS. (Kita boleh check status MMS tersebut dengan cara Login dan akses ke webpage khas Celcom / atau syarikat telecom. pilihan.) Paparan pic. sebegini bertujuan anda tahu dengan jelas mengenai cara-cara penerimaan income / wang masuk. Real. Tiada sebarang modifikasi terhadap semua paparan pic. berkaitan kewangan yg ada di website adrs ini. Dipersila check betul-betul, terperinci, kaji segenap sudut (gambar tersebut) supaya puas hati anda. Dijamin tulen. Original. Semuanya berdasarkan pengalaman sebenar dunia berbisnes / bidang kewangan. Juga sebagai 'support' kepada segala kata-kata saya + memberi keselesaan kepada anda; kerana tahu anda tidak membuang masa di sini. Okay...?

Website begini selalunya mempunyai 'headline' (tema) dan kata-kata berbentuk 'font besar' (huruf) yang akhirnya meninggalkan para pelawat dengan teka-teki yang membawa kepada keinginan untuk memiliki - bagi mengetahui maksud disebalik janji diberi.

keputusan yang tepat akan menentukan masa depanMalahan, website begini sudah wujud berzaman yang lalu. Ia bermula seawal 'sistem-gaya-pos' - di mana banyak iklan-iklan kecil di akhbar berbunyi - "pendapatan RM200 - RM500 seminggu. Hanya berkerja di rumah". Iklan begini memberi kesan yang besar dan menerima banyak respon. Terlalu banyak sehingga sesiapa yang terlibat waktu itu, mula membina pendapatan dari 0 (zero) kepada beribu-ribu sebulan. Kemudian, terlalu banyak iklan seperti itu membuatkan para akhbar terpaksa mengambil langkah menyekat dari ia dipaparkan dengan terserlah dan mudah. Semakin ramai orang mengetahui sistem ini dan semakin ramai turut serta - kerana yakin bahawa ini sajalah cara paling mudah untuk bina pendapatan segera (memang betul pun).

Langkah sekatan ditambah oleh akhbar-akhbar utama (Utusan, Berita Harian, New Straits Times) namun muncul pula akhbar-akhbar sampingan seperti Bacaria dan Perdana: yang memberi kemudahan untuk sekali lagi menerbitkan iklan seperti itu tanpa sekatan yang kuat. Kemudian muncul lebih banyak akhbar dan majalah yang juga turut memberi kebenaran.

zaman revolusi internet

Seterusnya, datanglah dunia internet...dan dengan segera sistem ini mempelopori internet di mana boleh dikatakan - faktor kekuatan yang menyokong internet untuk meraih populariti: adalah kerana sistem tersebut! Kalau sistem itu berjaya menarik ramai pembeli di dunia akhbar dan majalah, mengapa tidak di dunia internet? Kedua-duanya berasaskan perkara yang sama iaitu - penulisan. Orang membaca di akhbar dan sudah tentu juga di internet. Keinginan (serta keperluan) mencari jalan membuat duit, telah mendorong banyak pihak memberi tumpuan terhadap internet.

Hari ini, persaingan amat sengit. Apabila persaingan kian bertambah, para peniaga (kategori ini) bergiat-cergas mencipta pelbagai pendekatan, berbeza-beza dalam mempromosi tetapi hakikatnya - ia semua membawa kepada produk yang sama - Sistem buat duit yang sudah berkurun-kurun lama usianya itu. Produk turut sama diberi sedikit pengubahsuai-an (modifikasi) agar mengikut trend dan peredaran masa. Di Malaysia, sistem tersebut tak banyak berubah. Hampir semua pendekatan di ambil masih sama. Tetapi di luar negara, sistem ini bagaikan 'pelopor utama' dunia perniagaan internet. Pelbagai pihak telah bekerjasama mengubahsuai sistem ini supaya ia boleh di-implementasi-kan kepada apa jua jenis perniagaan! Sehingga berani saya katakan - di antara peniaga Internet paling berjaya sekali - ialah mereka yang bijak mengunakan sistem ini bagi ia sesuai dengan perniagaan mereka! (Lebih lanjut tentang sejarah ini ada di dalam Ebook Percuma adrs.)

Cukuplah setakat itu penerangan saya. Saya bukan anti sistem cara membuat duit pantas mahupun mengutuk ia. Cuma sesetengah pihak mengunakannya dengan cara yang salah lalu membuatkan industri perniagaan internet mendapat nama buruk. Banyak bisnes yang jujur terjejas akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengunakan sistem ini dengan begitu 'GAH' tidak terkawal - tujuan adalah bagi mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan kesan ke atas orang lain. Terlalu 'ghairah' mempromosi hebat melampau lalu seterusnya menyerahkan sampah kepada pembeli. Mereka mahu 'senang' dengan cara yang (melampau) 'senang'.

bakat menghasilkan wang bukan memakan masa sehari dua, tetapi ia perlu di-asah hari demi hari. Dan itulah sebabnya kita tak payahlah nak berada di tahap 'beginner' terlalu lama sampai terjadinya membuang masa.

lines

faktor kejayaan seseorangSENYUMAN PALSU SUMBANG KEJAYAAN?

bisnes buat duitSila Ambil Perhatian: Betul. Bukan saya seorang sahaja yang handal. Ada lagi selain saya yang ternyata berjaya, bahkan cemerlang. Namun persoalan penting perlu dititikberatkan di sini: adakah kejayaan mereka yang lain tu bertahan lama?

cara buat duit cepatContoh: kalau dia ada rupa, hensem, tersenyum sana sini lalu berjaya menarik minat ramai customer, adakah anda memiliki apa yang dia ada? Dia akan mengajar anda bagaimana nak tarik begitu ramai customer dengan pelbagai cara selain rupa - tetapi percayakah anda bahawa 50% customer dia bukan datang dari sumber kerana terpikat dengan rupa dia? Dia boleh kata dia berjaya membina kepercayaan customer bukan kerana tayang sijil diploma, ijazah atau Phd - tetapi kenapa begitu banyak terpampang segala macam sijil educated di sana-sini di premis dia? Anda ada ke sijil-sijil tu semua nak ditayangkan?... supaya anda juga ada kelebihan macam dia? (dan customer pun percaya kepada anda?)

Yes, begitulah. Semua cakap tak ada apa-apa tetapi mulut selalu sangat 'terpacul' ada hubung kait rapat dengan Dato', Tengku, Dr, bekas student U, sekerat jalan je ambil Phd dan macam-macam lagi kelebihan bagi menaikkan status bisnes. Kemudian kita semua jadi kagum - seterusnya bakal mengeluarkan duit membeli produk dia!cara buat duit

Pilihan di tangan anda untuk memilih siapakah paling layak membimbing anda dalam mempelopori perniagaan internet yang ternyata banyak dugaan dan pancaroba ini. Kebenarannya, biarlah saya berterus-terang saja: saya tak kisah siapa anda pilih... Bagi pihak saya, saya telah sertakan pelbagai bukti buat tatapan serta penilaian anda. Bukti-bukti sepanjang pengalaman saya dalam bidang ini. Bukti-bukti ini mustahil dapat saya hasilkan andaikata saya budak baru belajar (setahun jagung) di persada ini.

Info 321: saya tak terus-terang awal-awal sebab tak mau anda prasangka saya berlagak pulak... Realitinya, serius: takde niat. Sekadar menjadi diri sendiri. Untuk apa saya desak-desak macam saya ndakkan duit anda sangat. Sedangkan dah berdekad website ni terpacak kat sini, tak pun beroperasi-operasi...

Tetapi sekarang kita bukan nak bersembang pasal saya - Tapi ANDA! Melalui adrs, anda pula yang bakal memiliki bukti-bukti sebegini. Saya akan dedahkan segala-galanya tanpa putar-belit supaya anda ketahui dari Mula hingga Akhir bagaimana segalanya berlaku.

Sebab Bisnes. Dan tanggungjawab hidup: Tugasan. (Seumpama menjual jagung, dan bubur jagung.) Jangan biarkan bangsa Europa, Jepun atau Amerika saja yang memegang piala (membolot kategori) tanpa berkesudahan mengatakan mereka yang terunggul. Di Asia Tenggara; Malaysia masih dikategorikan dalam negara-negara dihormati. Ambillah peluang ini mempelajari teknik adrs bagi 'mempertahankan' kenapa Malaysia harus terus dihormati? (sebelum kehormatannya hilang terus.)

hasilan berkualiti note: Malaysia maksud saya: semua. Tidak kira bangsa. Asalkan citizenship (kerakyatan) sah. Di adrs - keutamaan ialah mengenai prestasi dan progress. Kesungguhan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Kemudian memberi tumpuan serius terhadap hasilan itu - usaha membawanya ke peringkat lebih jauh. Contoh:

Adrs bukan hanya sekadar bisnes biasa-biasa, tetapi besertakan 'Respek'. Perhatikanlah baik-baik persembahan adrs.com.my ini - adakah anda rasa hasilan ini mampu dicipta oleh seorang pelarian dari Indonesia yang bekerja di Malaysia? Makna; siapa-siapa saja boleh mencipta ia(?) Kalau anda rasa begitu; ambil masa jelajah ke seluruh website lain yang ada. Banding-bandingkan. Test sistem-sistem yang ada.

(kalau betul pun, apa salahnya? Sebab memang dah banyak sejarah mengenai individu disanjung rakyat, bermati-matian untuk negara, rupa-rupanya asal dari negara luar... ~ citizenship sah. dr. von braun: german - hero amerika. kalau tidak, kalah le dengan russia tu... - siapa dulu sampai ke bulan.) info: peta menunjukkan penemuan serta kewujudan rocket. Dicipta oleh saintis german von braun, bersama para saintis lain terbabit diketuainya. Kisah menarik tersebut yang berlaku di sekitar 1930-40an, telah membawa manusia ke penjelajahan bulan dan pengkajian bidang astronomi angkasa.)

Namun, tiada sebab untuk anda berusaha serius sehingga membawa ke bulan. Cukup sekadar anda berminat dengan penglibatan terhadap bidang dipilih, kemudian berusaha mengikut kemampuan diri sehingga terhasil ke peringkat membuatkan diri sendiri kagum. (contoh: melibatkan diri dengan projek adrs, dan bila berjaya: andalah yang pertama berhak merasa bangga (syukur). Kemudian bersemangat untuk teruskan lagi dan lagi, mengharumkan nama sendiri.) Juga, tidak perlu saya nak gesa-gesakan anda supaya cepat seolah-olah website ni akan ditutup tidak lama dari sekarang (dan harga pun naik melambung). Saya mahu anda pasti sebelum membuat keputusan memiliki Teknik Kewangan Terunggul ini - yang tujuannya adalah membekalkan anda dengan pengetahuan yang akan membolehkan anda menjadi 'Pakar Internet Sebenar'.